Sunday, May 29, 2011

KAKS membakar jiwa usahawanku..


Kursus Asas Keusahawanan Siswa(KAKS) yang telah berakhir baru-baru ini telah berlangsung selama 9 hari yang melibatkan beberapa tempat seperti Fakulti Ekonomi dan Muamalat(USIM),Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang,Nilai 3 dan GM Klang. Kursus ini telah memupuk semangat usahawan dalam diri siswazah yang mana beberapa modul yang mantap dan bermanfaat,kerja berkumpulan,pemecahan bidang perniagaan,jemputan para penceramah yang berjaya dalam bidang tertentu,aktiviti mencabar dan peluang perniagaan turut diselitkan dalam KAKS kali ini.Bermula dengan hari pertama,saya rasa tak ada semangat..biasalah..ice breaking..marah-marah..siapa suka..lepas ice breaking..kami diminta pecah mengikut group business masing-masing..saya masuk group PENTERNAKAN..tak taula kenapa masuk situ sedangkan saya GILA COKLAT..tapi coklat ramai sangat..sebenarnya saya pernah terfikir nak BELA LEMBU(hu..hu..) sebab saya nampak peluang untuk berjaya tu ada..saya layan je hari pertama..

Masuk hari kedua,macam biasa sesi bersama penceramah iaitu usahawan berjaya dari pagi sampai petang sehinggalah hari ke3..masuk hari ke-4..program rancangan perniagaan berlangsung di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang,masuk sesi pertama je kepala sakit..pening yang teramat sampi hilang fokus untuk dengar ceramah..Alhamdulillah..walaupun tak dapat panadol FREE dari urusetia program tapi masih ada kedai kat dalam hotel..punya semangat nak beli ubat plus POLO..tetiba.."cik..RM6"..terkejut den mendengarnya..dalam hati..(mahalnya..dapatlah aku memang pening sangat2)..kalau tak..takdenya nak beli..hu3..RP yg berlangsung 2hari berakhir pada hari Ahad..Alhamdulillah banyak input2 berguna tentang cara bagaimana menyediakan rancangan perniagaan,pinjaman untuk usahawan siswazah dan sebagainya.

CAMBOER di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang

Hari Isnin merupakan hari ke-6 yang mana sesi bersama penceramah bermula seperti biasa tapi kali ni penceramah agak berlainan kerana dia iaitu SAUDARA HAKIM AL-BASRAWY..merupakan usahawan muda yang berjaya dalam bidang mengeluarkan IDEA-IDEA YANG KREATIF DAN INOVATIF bagi pengiklanan syarikat-syarikat,product packaging dan sebagainya..merupakan seorang yang amat sempoi dan happening..beliau membuatkan petang Isnin yang mengantuk menjadi huru-hara sekejap..hu3

Keesokan harinya iaitu hari Selasa..kami diberi aktiviti mencabar yang mana kami diregroupkan semula khas tuk program usahawan di Nilai 3..program yang memang mencabar kesabaran kami yang mana kami diberi task iaitu cari RM200 dalam mase 5 jam di NILAI 3 bukan pada hari minggu,bayangkan saya dan group terpaksa mencari jalan bagaimana nak cari RM200 dalam masa 5 jam sedangkan pada hari tu tak ramai orang yang membeli belah di Nilai 3..Alhamdulillah kami 5 group berpecah 2..2 orang kerja kat kedai makan..saya bersama 2 teman lagi menjual barang runcit seperti air dan roti kepada pekerja2 kedai dekat situ...dan jumlah kutipan kami mencecah RM136 lebih dan merupakan group paling banyak membuat kutipan..(hu3..actually ada something yang berlaku..hu3 tp biarlah rahsia)..

AFIQAH,RAIHAN,HAYATI,K.LEYA,NURUL,K.OZU DAN HANANI BERSAMA PENCERAMAH

Pada hari ke-7 iaitu pada sesi pagi...telah berlangsungnya mesyuarat agung permulaan Koperasi Siswa(KOSISWA) bagi penubuhan pertama kali di USIM..mesyuarat yang dihadiri Prof.Dato' Dr.Mohamed Asin Dollah dan dipengerusikan oleh En.Mahdhir Abdullah telah mengadakan perlantikan bagi ahli lembaga pengarah KOSISWA yang terdiri daripada kalangan pelajar,alumni dan staf USIM manakala pada sesi tengahari pula,kami bertolak ke GM Klang bagi melihat produk yang berkaitan dengan perniagaan yang telah dipilih para peserta..MALANGNYA bagi kumpulan saya iaitu kumpulan PENTERNAKAN KAMBING BOER kerana tiada produk yang berkaitan dengan perniagaan kami..(so..kami jalan2 jela..cuci mata)..hu3

Hari terakhir Kaks memerlukan peserta untuk membentangkan rancangan perniagaan masing2 yang mana kumpulan kami membentangkan rancangan perniagaan tentang penternakan kambing Boer..Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan tak ada sebarang 'komen panas' dari juri2 yang dipilih..hu3..nasib baik ada ahli2 group yang dah banyak membantu dan sporting seperti hafiz ,zulkarnain,fadhil,hanani,lutfi..erm..lagi sorang lupe lak namenye..(maaf ye..den ni pelupe..hu3)..tanpa diorang tak hiduplah group saya..program Kaks ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada penceramah dan kami dapat free buku "JUTAWAN SENYAP"..(ada orang sponsor..thnks kepada ayah mal..hu3) ngan dapat key chain penceramah kasi..best..=)program Kaks untuk sem 6 sesi 2011 telah berakhir..rugi tak join..kepada sesiapa yang tak join lagi..mohla join untuk sem depan..InsyaAllah..korang tak rasa rugi..semoga segala info dan ilmu yang berguna melalui program Kaks ini dapat saya praktikkan untuk business saya akan datang iaitu penternakan dan butik blouse muslimah..InsyaAllah...Ameen..(^_^)



JUMPA LAGI DI KAKS AKAN DATANG..(^_^)

No comments:

Post a Comment